NOTA

Objektif

Di akhir unit ini, anda akan dapat:

  1. Mentakrif putaran dan peredaran bumi
  2. Menyenaraikan kesan-kesan peredaran bumi
  3. Menjelaskan dan menghuraikan kejadian siang dan malam
  4. Menyenaraikan kesan-kesan peredaran bumi
  5. Menghuraikan kejadian empat musim
  6. Mengenal pasti ciri iklim Malaysia dari segi suhu, angin dan hujan
  7. Menyatakan dan menghubungkaitkan faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia dengan ciri iklim Malaysia
  8. Menjelaskan kedudukan Malaysia yang bebas daripada taufan, siklon tropika dan kemarau yang berpanjangan

9.1 Pergerakan Bumi Dalam Sistem Suria


video

Pergerakan Bumi
Pergerakan bumi terdiri daripada dua jenis pergerakan, iaitu:
  1. Putaran Bumi
  2. Peredaran Bumi

Rajah 1: Putaran dan peredaran Bumi. Bumi berputar di atas paksinya sambil beredar mengelilingi matahari


Info: 
  • Pergerakan bumi: Putaran bumi pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbit bumi.
  • Putaran bumi: Pergerakan bumi dari barat ke timur.
  • Peredaran bumi: Pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya.

Putaran Bumi
  • Bumi berputar pada paksi iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur dari kutub utara ke kutub selatan.
  • Paksi condong 23 1/2 darjah pada satah tegak.
  • Putaran bumi dari barat ke timur
  • Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat.
  • Satu putaran mengambil masa 24 jam.

Rajah 2: Kutub Utara dan Kutub Selatan

Kesan Putaran Bumi

1. Kejadian Siang dan Malam
  • Semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang.
  • Manakala permukaan yang terlindung daripada matahari akan mengalamai malam.


Rajah 3: Kejadian Siang dan Malam


2. Air Pasang Surut
  • Kejadian air pasang surut ialah kejadian aras air tinggi dan arad air rendah di laut.
  • Berlaku akibat tarikan graviti bulan dan matahari.
  • Tarikan graviti bulan menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap ke bulan dan menghasilkan air pasang.
  • Air pasang dan surut berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam.

Rajah 4: Kejadian Air Pasang Surut

  • Terdapat dua jenis air pasang surut :
           a) Pasang perbani
           b) Pasang anak
  • Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila bulan dan matahari bertindak bersama menghasilkan air pasang pada paras maksimum.
  • Pasang perbani berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada dalam kedudukan lurus.
  • Jika bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak, maka terjadilah pasang anak.


Peredaran Bumi
  • Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
  • Satu peredaran bumi  365¼  hari atau setahun.
  • Kesan peredaran bumi:
          a) Pengiraan tahun dan tahun lompat.
          b) Gerhana matahari
          c) Gerhana bulan
          d) Kejadian empat musim


Kesan Peredaran Bumi

1. Gerhana
  • Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama.
  • Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan.
  • Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari.
  • Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua hingga emapt kali setahun.
a) Gerhana Bulan
  • Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.
  • Bulan memperoleh cahaya daripada matahari.
  • Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya matahari dihalang oleh bumi.
  • Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan.


Rajah 5: Kejadian Gerhana Bulan

Rajah 6: Fasa Gerhana Bulan


b) Gerhana Matahari
  • Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahri dengan bumi
  • Cahaya matahri terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh pada permukaakaan bumi.

Rajah 7:  Kejadian Gerhana Matahari


Rajah 8: Gerhana Matahari

2.  Kejadian 4 Musim
  • Kejadian emapt musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari.
  • Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam yang mengambil masa kira-kira  365¼ hari.
Rajah 9 : Kejadian Empat Musim


a)  Ekuinoks Musim Bunga
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
  2. Musim bunga di Hemisfera Utara
  3. Musim luruh di Hemisfera Selatan
  4. Siang dan malam sama panjang
b) Solstis Musim Panas
  1. Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Sartan
  2. Musim panas di Hemisfera Utara
  3. Musim sejuk di Hemisfera Selatan
  4. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
  5. Matahari tengah malam di Kutub Utara
c) Ekuinoks Musim Luruh
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
  2. Musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di hemisfera Selatan
  3. Siang dan malam sama panjang di seluruh dunia
d) Solstis Musim Sejuk
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Jadi
  2. Musim Sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan
  3. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
  4. Matahari tengah malam di Kutub Selatan
Rajah 10: Jadual Rumusan Kejadian 4 Musim

Rumusan
  1. Sistem suria terdiri daripada matahari dan sembilan planet.
  2. Putaran bumi pada paksi menyebabkan siang malam serta air pasang surut.
  3. Peredaran bumi pada orbit menyebabkan kejadian 4 musim dan gerhana.
  4. Gerhana berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada pada kedudukan selari.
  5. Gerhana bulan berlaku apabili bumi berada antara matahri dengan bulan.
  6. Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada antara matahri dengan bumi.


9.2 Cuaca Dan Iklim Malaysia

Negara kita mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Iklim ini dialami oleh kawasan yang terletak pada atau berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Terdapat empat ciri-ciri iklim di Malaysia iaitu :

1. Iklim
  • Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa
  • Panas dan lembap sepanjang tahun
  • Siang dan malam hampir sama panjang setiap hari
2. Suhu
  • Suhu yang tinggi sepanjang tahun
  • Min suhu tahunan adalah kira-kira 27oC
  • Julat suhu tahunan adalah kecil kira-kira 1oC hingga  3oC

3. Angin
  • Dipengaruhi oleh sistem angin utama
           - Angin Monsun Timur Laut
           - Angin Monsun Barat Daya
           - Angin Sumatera
  • Sistem angin tempatan
           - Bayu laut
           - Bayu darat

4. Hujan
  • Hujan lebat sepanjang tahun
  • Jumlah hujan tahunan ialah kira-kira 2600mm
  • Kebanyakannya hujan perolakan
  • Hujan maksimum turun pada musim peralihan monsun di kebanyakan kawasan.

9.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Cuaca Dan Iklim Malaysia


1. Kedudukan
  • Kedudukan Malaysia berhampiran Khatulistiwa menyebabkan suhunya tinggi
2. Ketinggian
  • Ketinggian mempengaruhi suhu di sesuatu tempat. Contohnya
    • Kuala Lumpur (39m) - Min suhu tahunan (26oC)
    • Tanah Tinggi Cameron (1448m) - Min suhu tahunan (18oC)
  • Setiap kenaikan 165m, suhu turun  1oC
  • Semakin tinggi sesuatu tempat semakin rendah suhunya

3. Angin Monsun
  • Angin monsun menyebabkan taburan hujan di Malaysia
  • Taburan hujan:
    • Kawasan paling lebat ialah Bukit Larut
    • Kawasan sangat kering ialah Kuala Pilah


4. Kepulauan
  • Kawasan yang berhampiran dengan laut mempunyai julat suhu yang lebih besar
  • Kawasan pedalaman mempunyai julat suhu yang lebih kecil. Contoh:
    • Kuala Pahang (6.4oC)
    • Temerloh (9.4 oC)

Info Bonus: Kedudukan strategi Malaysia membebaskan kita daripada ancaman taufan dan siklon tropika. Siklon tropika di Laut China Selatan dikenal sebagai taufan, di Hindia Barat dikenali sebagai hurricane dan di Australia dikenali sebagai willy-willy

24 Komen Pelawat:

Anonymous said...

Nota ini sangat membantu tugasan saya. Terima Kasih

ann marie said...

very good

Thiveya subra said...

help me more

Anonymous said...

thanks...

Anonymous said...

thx for the infoormation given :)

Anonymous said...

can you do another one.. how can i do a creative 'carta' like how my teacher wanted me to do ..

Anonymous said...

Nota ini sangat bantu saya dlm pelajaran ......terima kasih...thanks...

Anonymous said...

NOTA RINGKAS INI SANGAT BANTU SAYA. INI AKAN BERTAMBAH ILMU SAYA THANK YUO A LOTTTTTTTTTTT.

mini cooper said...

Thank u. Help me a lot . Help my student to understand dgn mudah.

Arina Natasha said...
This comment has been removed by the author.
wawa said...

nota yg sgt bagus..saya minta izin untuk upload di site saya sebagai 'embedded website'
terima kasih

Anonymous said...

agak ringkas dan sng utuk dihafal

Anonymous said...

Trma ksih utk nota ni.. Its help me a lot..! Dan sy tk dimarahi oleh ckgu sbab dpt mnyiapkan nota ini dngan smpurna.. :) thnks

Anonymous said...

nota ini amat berguna untuk saya...saya bagi tumbs up

Anonymous said...

Just wow

Anonymous said...

Terima Kasih untuk nota ini amat berguna utk saya....

Anonymous said...

Saya berasa amat gembira ..
THANK YOU SO MUCH ....

Bevis Tan said...

Thank you,it's very helpful for me
谢谢,它对我帮助很大

Maizura Nazarudin said...

walaupun nota ini ringkas tapi nota ini telah berjayakan sye untuk menghafal dengan cepat..terima kasih untuk nota ini..

Anonymous said...

good

s aishah j said...

Terima kasih...Nota ini amat membantu saya...semoga ALLAH rahmati kamu.....

Anonymous said...

ok......

Anonymous said...

This nota helped me for my exam��������������thanks for the nota...

Anonymous said...

Hebat