6 May 2012

Tahukah Anda?

Bumi


Bumi dikenali sebagai "al-ardhu" dalam bahasa arab dan "erath" dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan planet ketiga dari matahari selepas planet Utarid dan Zuhrah dalam sistem suria. Dijangkakan bumi telah berusia selama 4,600 juta tahun. 

Bentuk bumi adalah ellipsoid iaitu bulat tetapi leper sejarak 133km kedua-dua sisinya. Jejari bumi di khatulistiwa ialah 6378.14km dengan ukuran lilitnya 40084km dan mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer.

Fakta Mengenai Bumi


  • Puncak tertinggi: Gunung Everest (8,848 meter)
  • Lautan terdalam: Mencecah 10,924 meter
  • Tasik tertinggi: Tasik Titicaca
  • Tasik terbesar: Laut Caspian
  • Lautan terbesar: Lautan Pasifik
  • Berat jisim bumi: 59,760 juta tan
  • Ketumpatan bumi: 5,500 kilogram setiap meter persegi
  • Pengukuran graviti bumi: 10 N kg-1
  • Keluasan bumi: 
    • Lebih 2/3 kawasan bumi dilitupi oleh air
    • 12% daripada kawasan bumi merupakan padang pasir
    • Keseluruhan: 510.073 juta km
    • Daratan: 14894 million km (29.2%)
    • Lautan: 361.132 million km (70.8%)
    • Sempadan daratan: 251,480.24 km
    • Persisiran pantai: 356,000 km

Sistem Peredaran


Bumi bergerak mengelilingi matahari pada kelajuan purata 30 km/s dalam orbit berbentuk elips. dalam pergerakan ini, bumi akan berada di titik terjauh daripada matahari iaitu afelion lebih kurang pada 4 Julai dan berada di titik terdekat (perhelion) pada 4 Januari setiap tahun. Jarak purata bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Sehari di bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaam 365.25 hari.


Sistem Cerapan Cuaca Automatik


Selari dengan perkembangan zaman, pencerapan cuaca telah menjadi semakin 
otomatik. Stesen pencerapan cuaca tanpa orang biasanya dilengkapkan dengan sistem pencerapan cuaca otomatik yang mengandungi komponen berikut:
  1. Satu set sensor meteorologi yang disimpan dalam pelindung peralatan dan disambungkan ke unit pemprosesan (data-logger) dengan menggunakan kabel yang berbalut.
  2. Unit pemproses (data-logger) digunakan untuk data acquisition, pemprosesan, penyimpanan dan penghantaran;
  3. Peralatan-peralatan seperti penstabil sumber kuasa, modem, built-in-diagnostics dan terminal tempatan untuk memasukkan data secara manual, pengeditan dan paparan data.

AWS mengukur jumlah air hujan, tekanan udara, suhu, kelembapan, kelajuan dan arah angin serta sinaran global, yang juga dikemaskini setiap minit, 24 jam sehari tanpa bantuan manusia.


Penunjuk Arah Dan Kelajuan Angin



Arah angin ditentukan mengikut arah tiupan angin. Ia dipaparkan dalam betuk darjah yang diukur mengikut arah jam dari utara. Penunjuk arah angin (wind vane) digunakan untuk menunjukkan atau merekodkan arah angin permukaan. Sekiranya kelajuanangin kurang daripada satu metre per saat atau dua knot, penunjuk angin hanya akan memberikan bacaan tenang (calm).




Kelajuan angin diukur dalam meter per saat atau knot. Keadaan tenang dilaporkan apabila kelajuan angin adalah kurangdaripada 0.5 meter per saat atau kurang dari satu knot. Peralatan yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin dipanggilanemometers, alat yang paling biasa digunakan adalah cup anemometer. Ia dibentuk daripada tiga cup secara hemisferik.Perbezaan tekanan angin di antara cup akan menyebabkan cup tersebut berpusing. Kadar pusingan adalah berkadar langsung dengan kelajuan angin.



Penyukat Suhu


Sistem pengesan sistem meng-gunakan kombinasi teknologi litar dalaman dengan elemen termometer rintangan platinum untuk pengukuran suhu yang sangat tepat.


Termometer bebuli kering dan basah di sokong secara tegak di dalam Adang Stevenson. Di sebelah kanan adalah termometer basah. Bebuli termometer basah dibalut dengan kain muslin dan diikat dengan benang. Benang itu dimasukkan ke dalam takungan yang berisi dengan air tulin. 

Solarimeter/Pyrameter




Solarimeter adalah untuk mengukur sinaran solar di atas permukaan bumi secara rutin. Ia mempunyai element pengesan thermocouple. Elemen pengesan ini disalutkan dengan karbon tak organik yang sangat stabil, yang mana dapat memberi penyerapan spektrum dan ciri-ciri kestabilan untuk jangka masa yang panjang. Elemen pengesan ditempatkan di bawah dome kaca.



Tolok Hujan

Tolok hujan mempunyai corong penerima yang akan membawa air hujan kepada dua bucket. Apabila bucket telah mengumpul sebanyak 0.2mm air hujan, jisim air tersebut akan menyebabkan bucket tersendeng ke bawah dan mengosongkan ruangnya. Setiap kali bucket tersendeng ke bawah, ia akan menghantar isyarat elektrik dan ini membolehkan jumlah air hujan direkodkan mengikut masa. Maksimum air hujan yang dapat dikesan adalah sebanyak 200mm/jam.


Pengukur Tekanan Udara



Sensor tekanan adalah kapsul tekanan atau solid state capacitive device yang mana output voltan ditukarkan ke nilai tekanan udara yang telah dienkodkan secara digital